Assalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia..
Post kali ni, AA nak bincang pasal kisah seorang pelajar cemerlang SPM 2004. Pelajar yang AA maksudkan ialah Nur Amalina yang telah menjadi pelajar cemerlang SPM 2004 dengan pencapaian yang membanggakan iaitu 17A1.
Mula dari saat itu hjngga baru-baru ini,ramai orang yang menjadikan Amalina sebagai idola,role model dan sebagainya.Ada juga yang memasang impian nak kalahkan Amalina.Namun pandangan itu telah musnah setelah dunia sesawang dan dunia gosip tanahair telah dikejutkan dengan gambar-gambar Amalina yang mendedah aurat.
Gambar-gambar tu dikatakan diambil semasa keberadaan Amalina di UK.Gosip tu pun dah menimbulkan banyak salah faham.Oleh itu,Ibu Bapa Amalina segera membuat temujanji khas dengan para wartawan hiburan tanahair.
Alhamdulillah.Segala persoalan dah terbongkar.Amalina mengatakan bahawa dia memang gemar dengan fesyen.Sejak dari bangku sekolah lagi.Amalina sempat mengatakan bahawa sebuah gambar yang memperlihatkan beliau memakai legging yang cuma berkulitkan lace tidak benar,Amalina menegaskan bahawa dia meggunakan dua helai legging.Amalina tidak salah.Yalah,mungkin disebabkan aurat dah terdedah ramai orang pikir yang Amalina ni terkena culture-shock dan ROSAK.
Bagi AA,memang Amalina tidak salah.Kerana beliau memilih jalan yang betul tidak songsang.Pemakaian tidak menunjukkan sesorang itu rosak.Apa yang penting ialah,Amalina tetap berjaya.Buktinya kajiannya siap diterbit lagi dalam beberapa buah buku professor terkenal.
Sebagai rakyat Malaysia,jangalah kita cemuh orang yang sedang menaikkan nama Malaysia di luar sana. Kita sepatutnya menegur dan mendoakan Amalina kearah yang lebih baik.Amalina tetap kebanggaan kita.!! Lebih baik berhenti mencemuh dan doakan anak Malaysia kita berjaya.InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment