assalamualaikum


Click here for Myspace Layouts

Saturday, 31 December 2011

New Year is coming

Assalamualaikum!


     Setelah pelbagai dugaan,masalah,musibah dan suka duka yang  kita lalui,akhirnya tahun 2011 akan melabuhkan tirainya juga..Setiap readers pasti mempunyai cerita tahun 2011 tersendiri.Ada yang sedih,gembira mungkin ada jugak yang xda apa2 story..Tapi,semua tu x penting sebab yang lalu ,kita biarkanlah berlalu. Terus donggak ke depan.Jangan toleh ke belakang.

     Apa yang penting adalah kita masih diberi peluang  bernafas dan masih dibenarkan oleh ALLAH S.W.T untuk melihat keindahan dunia,kebaikan manusia,kekhilafan manusia,kealpaan manusia dan orang yang kita sayangi.Setiap individu mempunyai persepsi tersendiri.Mungkin ada yang anggap tahun 2011 adalah tahun yang terburuk baginya.Mungkin juga ada yang menganggap tahun 2011 adalah tahun yang terbaik daripada tahun yang sebelumnya.

     Namun ingatlah readers semua,tidak semestinya tahun yang terbaik ,indah dan seronok itu akan kekal sebegitu sampai bila2.Tidak semestinya jugak tahun yang buruk,pahit dan keruh akan sebegitu sampai bila2. Hidup macam roda ,kadang kita di atas kadang kita ada di bawah.

     Hadapilah tahun baru 2012 dengan besar hati.

Tanam azam baru anda,
Baja mereka dengan Usaha,
Sirami mereka dengan titikpeluh anda,
Semai mereka dengan kejayaan anda....


Happy new year!! Welcome 2012....



,

Saturday, 24 December 2011

Alhamdulillah..kini boleh bercuti dengan sepunuh hati..

___assalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia__

Today's post is about my result in PMR'2011....guess what??...


Nak sambung cerita pasal azam2 tu..sapa yang follow blog AA mang tahulah..
Finally azam AA tercapai apabila telah mendapat STRAIGHT A's in PMR'2011...huhu...Alhamdulillah..Firstly,wanna thx my parents,my teachers and my friends coz had gave me a lot of support...Yang paling bestnya ialah,first time dapat gred A dalam Geografi,English Language dan sejarah...Huh,alhamdulillah...akhirnya segala penat lelah sudah terbayar.
Next year as form 4 student AA will start from zero again..Hope alls readers always wish me the best and good luck always.Tahniah buat my fren angelin(6As 1B) fizah(8As)!!thats all from me...salam.....

Aqilah Ahmad Territory

Monday, 19 December 2011

Semak Keputusan PMR melalui SMS dan Online

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia...
 


KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3,
Jangan susah hati kalau xdapat nak ambil result PMR anda pada hari yang telah ditetapkan.
Ada cara terbaru yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA bagi memudahkan pelajar untuk menyemak keputusan PMR mereka dengan mudah dan pantas iaitu menyemak keputusan melalui pesanan ringkas(SMS) dan online.

Langkah-langkah untuk menyemak keputusan PMR 2011 melalui sms

Langkah 1:

TAIP mysms

Step 2:

HANTAR KE 15888

#talian sms hanya akan dibuka pada 22 Disember 2011,bermula pada pukul 10.00pagi.Taliam sms hanya boleh digunakan sehingga 28 Disember 2011.

Untuk menyemak keputusan melalui online anda boleh melayari www.moe.gov.my






                                           AQILAH AHMAD TERRITORY                                 

Hari Ku Kian Berlalu

Assalamualikum W.B.T dan Salam 1Malaysia buat para reader yang chomel loteh,kiut biut,handsome sokmo dan cantik ayu..

   For this post I want to talk about MY DAY HAS PASSED....Maybe many of U don't understand why I choose this topic for me to write..Right? Why not use other title or story whatever and so lah..??My answer is because 2011 will say gooodbye to us in a few days more..If we count from this day(19th Disember 2011) ,we just have another 13 days to go before 2012.So,is 13 days enough for you to change and wake from your dream that  2011 will leave us.Or maybe we can say that we will leave 2011...NEVER MIND!!! LETS START MY STORY.

I want to use BM languange lah...Lecehlah mau  BI languange ni..Saja jak tu speaking,nak improvekan kemahiran bahasa...

Masa awal tahun 2011 dulu ,AA ada azam iaitu memperbaiki rekod kecemerlangan di sekolah dan memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR 2011.Terus terang AA katakan,rekod kecemerlangan di sekolah AA dah baiki.Azam AA yang belum tercapai ialah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR2011.Azam AA yang yang ke2 tu akan terjawab pada hari KHAMIS ini bersamaan 22 Disember 2011.huh..(doakan kejayaan AA yerh)

Ok!! Kita cerita pasal yang AA dah perbaiki rekod kecemerlangan di sekolah.Rekod yang AA maksudkan ialah rekod terbaik dalam kokurikulum dan kurikulum dulu.AA start dengan kategori kokurikulum.Dalam AA merealisasikan azam dalam bidang ko-kum,AA telah mengalami suatu kemalangan yang boleh dianggap kecil.Tapi,bagi AA,kemalangan kecil tu sedikit sebanyak telah melumpuhkan perjalanan AA untuk berjaya dalam bidang ko-kum..Hm,kemalangan yang AA maksudkan bukan kemalangan besar pun,AA cuma mengalami keceraan teruk dibahagian buku lali kaki sebelah kanan.Yang sampai sekarang x baik-baik lagi.Kecederaan yang AA dapat terjadi semasa AA menjalani latihan dengan Pemain Bola Jaring Sekolah yang lain.Hari AA dapat kecederaan tu, adalah hari last kitaorang berlatih untuk KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN.Coach kata,"AA kau rehat jak ya.Letak Ais batu i kaki mu.Letak selalu."..AA pun kata OK.

Hari terakhir sebelum kejohanan: coach berkata:" AA ,kaki mu masih bengkak,jadi kau x payah main untuk pertandingan"..Reader tahu bagaimana perasaan AA waktu tu?? REMUK,PECAH BERKECAI ...Allah jak yang tahu bagaimana perasaan AA.Lepas habis perjumpaa semua pemain AA terus nangis.Masuk kelas x boleh fokus untuk belajar.Air mata tak putus2 mengalir.Balik rumah masih gak nangis.Senang cerita ,lepas jak perjumpaan tu,AA terus nangis tak henti.Mak AA marah,Mak kata "xpayahlah paksa diri kalau kau memang xboleh main.Nanti tambah teruk jak kaki mu tu".AA x kisah ngan kat mak AA ..AA continue nangis..

AA bukan apa ,cuma AA kecewa sebab tak dapat nak main.Bayangkanlah,AA sanggup lupakan pelajaran untuk seketika untuk bersedia menghadapi kejohanan tapi x boleh main saat akhir.
Huh,samapi satu tahap AA berhenti nangis.Dengan mata yang bengkak AA muhasabah diri AA.AA kata,kalau x main xpa..Tapi itu hanya mulut AA yang cakap bukan hati.Kiranya AA tak jujurlah.

Keesokan harinya,hari kejohanan berlamgsung.Pagi2 lagi semua player kumpul depan bilik kaunseling.Area depan bilik kaunseling kat sekolah AA memang selalu jadi tempat meeting player dengan coach.Meeting bermula.Coach terus tanya AA,"jadi kaki mu Qilah?? Ok sudah cuba tengok(coach pun tengok kaki AA yang cedera).Ndak payahlah kau main.Teruk betul kaki mu ni.

Otak ,hati,dan perasaan AA mula lagi membengkak.Kolam Air mata pecah lagi.Sampai didewan dimana kejohanan bakal berlangsung,AA cuma diam.Tengok player lain excited mau main.AA betul2 xda mood pagi tu.Boleh disamakan macam orang putus cinta.Tapi,AA cuma putus asa.Tiba2 datang satu kakak senior dekat AA.Kakak ni,memang terer main netball.Kira ,AA memang salut lah.Kakak ni bekas Captain 2009 dan 2011.Kakak ni memang terbaiklah bagi AA.X lokek dek senyuman.Kita masuk cerita AA yang xseberapa nak menyentuh hati tu yerh.

Lepas kakak tu datang dekat AA.Dia ada cakap,"Aqilah,janganlah kau risau.Main jugak kau tu.Percayalah.".AA tambah sedih.Sebab kalau tengok cara coach AA pagi tu,memang kira xda peluanglah untuk AA main masa  kejohanan tu.AA senyum2 kambing jak dengan kakak tu.Muka pun macam kambing sudah..hahaha!!

Akhirnya duka dan lara AA terubat setelah nama AA disenaraikan sebagai pemain utama.Ouh,perasaan AA terus bertukar jadi happy.Masa kejohanan berlangsung AA main dengan kaki yang bengkak.Tapi,xlah main dengan kaki yang bengkak tanpa bantuan medic.AA main dengan bantuan medic yang dipanggil 'bandage' alah balut kaki tulah..

Kemenangan memihak kepada sekolah AA.Kemenangan pertama kami ketika menentang SMK.BUKIT GARAM 18-0.Seterusnya menang keatas SMK.SUKAU dan menang keatas SMK.PARIS.Hm,untuk pengetahuan,bahagian defend kat tempat AA jaga terbaik tau.Kitaorang tak lepas satu gol pun dekat lawan.Semua sekolah yang lawan ngan team SMK.BUKIT GARAM II (sekolah AA) tak dapat nak jaringkan satu gol pun..Rekod tau!!!!!!..

Alhamdulillah..AA pun dianugerahkan sebagai pemain terbaik.Alhamdulillah..Namun,kecemerlangan AA sangkut di Peringkat  Bahagian Sandakan.Sangkut sebab kecederaan.hm,nasib,terima jaklah..

untuk cerita azam AA yang ke2 kita sambung di post seterusnya setelah AA dapat result PMR.Begitu jugak dengan azam AA untuk memperbaiki rekod dalam bidang kurikulum..Ok?? tunggu......

AQILAH AHMAD TERRITORY

Sunday, 18 December 2011

Rahsia di Sebalik Warna Kegemaran

Assalamualaikum WBT dan salam 1Malaysia.

Semua readers mesti ada warna kegemaran atau favourite colour masing-masing.
Namun,tahukah readers bahawa ada maksud di sebalik warna kegemaran mu itu?

Jom

OREN/ORANGE:
MELAMBANGKAN SIFAT BERSEMANGAT DAN KOMITED TERHADAP KERJA 
DAN HIDUP

BIRU:
*MELAMBANGKAN KEJUJURAN DAN KEMULIAAN
*MELAMBANGKAN PERASAAN DAN EMOSI SEORANG LELAKI

 BIRU MUDA:
*DIKAITKAN DENGAN PERASAAN KASIH DAN SAYANG 
*MELAMBANGKAN KELEMBUTAN HATI SEORANG PEREMPUAN


MERAH:  
*MEMBANGUNAKAN KERIANGAN, MARAH DAN PENYAYANG
*MERAH YANG BERLEBIHAN AKAN MEMBAWA KEPADA TEKANAN
*MERAH PEKAT PULA AKAN MELAMBANGKAN KEAGRESIFAN YANG
  AKAN MEMBAWA KEMARAHAN
*WALAUBAGAIMANAPUN, MERAH AMAT BERGUNA BUAT MEREKA YANG
   MERASA MALAS ATAU KEHILANGAN TENAGA KERANA IA AKAN      MEMBARAKAN PERASAAN YA

MERAHJAMBU: 
*MERUPAKAN WARNA CINTA SEJATI DAN ROMANTIK
*MELAHIRKAN RASA UNTUK BERKONGSI TENAGA, EMOSI DAN
  PERASAAN
 *MERUPAKAN WARNA KASIH SAYANG SAMA ADA SECARA EMOSI DAN
   FIZIKAL

PUTIH:
KESUCIAN HATI DAN AMANAH UNTUK MEMBERSIHKAN DAN MENGUBATI ORANG LAIN..
CONTOHNYA: PAKAIAN DOKTOR DAN JURURAWAT


KUNING:
*WARNA KUNING YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG
   ITU MENJADI DIKTATOR DARI SEGI PEMIKIRAN
*WARNA KUNING YANG LEBIH CERAH MENUNJUKKAN KEASLIAN DALAM
   AKTIVITI PEMIKIRAN 
*WARNA KUNING YANG LEBIH GELAP MENUNJUKKAN PEMIKIRAN YANG   
  LEBIH CONDONG KE ARAH KECERIAAN DAN BERSANGKA BURUK
 HIJAU:
*MELAMBANGKAN KEREMAJAAN
*MEMAPARKAN KEMUDAHAN, SEJUK, KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN
  SENTIASA INGIN MEMPERBAIKI
*MELAMBANGKAN PERASAAN CEMBURU APABILA WARNANYA BERTAMBAH
  GELAP

COKLAT:
*MELAMBANGKAN KESELAMATAN MATERIAL, KEKAYAAN,
   KEMATANGAN DAN BERTANGGUNGJAWAB
*WARNA TANAH YANG SENTIASA MENYIMPAN TENAGA DAN
  SETERUSNYA MEMBERI TENAGA KEPADA PERTUMBUHAN YANG BARU
*IA JUGA MELAMBANGKAN KEADAAN MERENDAH DIRI DAN
   SENTIASA MENJAGA MARUAH

UNGU:

*MELAMBANGKAN KEWANITAAN DAN KEIBUAN
*WARNA UNTUK PERTUMBUHAN SPIRITUAL *FALSAFAH KEJAYAAN DAN
  SIKAP YANG POSITIF

HITAM: 
MELAMBANGKAN SATOSFIKATE


->AQILAH AHMAD TERRITORY<-







Fakta Menarik Tentang Kucing

8888_Assalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia_8888

 Mesti ramai yang tak tahu lagi Fakta Tentang Kucingkan?? Sebenarnya AA pun tak tahu jugak. Tapi,lepas search kat google,dah tahu dah.AA nak sebar ilmu pengetahuan dengan Readers yang belum tahu.AA sebenarnya tak nak post fakta ni,tapi takut ilmu tak diberkati..hehehe..

START >>>>MIAWWWWWWWWWWWWWWWWWWW

  1. Cuba anda pegang misai kucing anda,pasti kucing anda akan tutup mata
  2. Sekiranya misai kucing anda dipotong atau digunting,deria rasa kucing akan berkurangan kerana misai membantu kucing untuk menjejak bau makanan dan bau lain-lain benda.
  3. Kucing suka dibelai dibahagian bawah rahang.Tak percaya? Trylah.
  4. Kucing akan marah dengan mengeluarkan suara sekiranya anda pijak ekornya. 
  5. Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa mengusap-usap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita 
  6. Purata umur kucing 15-16 tahun 
  7. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali seminit 
  8. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya 
  9. Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan pernah ada dua kucing yang memiliki bentuk hidung yang sama 
  10. Kucing memberi respon pada panggilan wanita lebih baik dari pada lelak, mungkin kerana suara wanita memiliki nada yang lebih ayu
  11. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan ,kaki depannya dapat diputar ke semua arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang bertentangan 
  12. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif
*so,korang percaya tak.??.Reminder: AA dapat Fakta ni semua dari sebuah blog.So,kalau ada apa2 yang xbetul,so sorry.......heeeeheeee~~


                                         AQILAH AHMAD TERRITORY

Perkataan yang kita wajip ucapkan dalam sehari

                                             Assalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia


Setiap insan wajib berkomunikasi dalam sehari.Terdapat beberapa perkataan yang wajib atau dalam erti kata lain seseorang individu itu pasti mengucapkan dan menuturkan beberapa perkataan SEPERTI:
  1. Aku
  2. Saya
  3. Kau
  4. Mak
  5. Ya
  6. Tidak
  7. Malas
  8. Nanti
  9. Bila
  10. Ada
  11. Apa?
  12. Yakah?
  13. Ok
  14. Terima Kasih
  15. Oh
  16. Kejap
  17. Mungkin
  18. Tak tahu
  19. Entah
  20. Makan 
Hm,cuba reader kaji balik.Apa  perkataan yang ada diatas yang anda wajip sebut dalam sehari?...

                                          AQILAH AHMAD TERRITORY

Saturday, 17 December 2011

Perkara-perkara yang memang manusia x boleh buat

:::::::::::::Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia::::::::::::::::::::::::

Perkara-perkara yang memang manusia x boleh buat???

CUBA LAKUKAN:

  1. Jilat siku anda sendiri menggunakan lidah anda sendiri
  2. Lihat telinga anda tanpa menggunakan apa2 peralatan sp:cermin dan sebagainya
  3. Bersin buka mata
  4. Batuk tanpa mengeluarkan suara
  5. Bangun untuk berdiri dari tidur tanpa membengkokkan lutut
Perkara di atas adalah sesuatu yang mustahil untuk di lakukan...Cuba buat perkara diatas,konpem x boleh.....
                                      AQILAH AHMAD TERRITORY

Hutang oh Hutang

 Assalamualaikum WBT dan salam 1Malaysia..

Baca tajuk mesti nervous kan...Begini ceritanya,AA ada minta kod Windows(perisian komputer) dengan sorang rakan.Kawan AA ni lelaki.Maklumlah,ramai lelaki tahi hidung masin  so,AA kena bayarlah.

AA guna khidmat BESTFRIEND AA untuk mendapatkan kod itu coz kawan AA ni rapat ngan kawan lelaki AA.Kawan lelaki AA tu  kata ngan BESTFRIEND AA iaitu SAHARA AHMAD yang AA kena bayar kalau nak kod tu.So,AA and SAHARA pon setuju akan bayar.

Beberapa hari kemudian ,Kawan lelaki AA pon bagi kod tu.Keesokan harinya,AA kata ngan SAHARA "jom bayar".SAHARA  pun kata "xpyah lah dulu bayar dia x hadir".AA pun rasa ok..Xpayahlah bayar alang2(AA ucap dalam hati)...


Beberapa hari kemudian hutang belum dibayar...
Beberapa minggu kemudian hutang belum dibayar....
Beberapa bulan kemudian hutang belum d bayar .....

Beberapa hari selepas Beberapa bulan kemudian :
AA on9 Fb..tiba bunyi chat kedengaran.AA pun klik chat box..last2 terbaca,BAYAR HUTANG MU...
Sebenarnya orang yang menaip perkataan sebegitu rupa ialah Kawan Lelaki AA...haha...Saat itu,baru AA ingat yang AA belum bayar hutang.


Dengan pantas AA pun balas chat ngan Kawan Lelaki AA ..AA janji akan bayar hutang tu baik masuk skolah sesi 2012.Itu janji AA untuk Kawan Lelaki AA itu..readers yang baca ni jadi saksi bahawa AA SUDAH BERJANJI UNTUK  MEMBAYAR HUTANG ITU JANJI!!

Malunya AA ,sebab ni 1st in my life orang tagih hutang arghhh....!!!! malu,...pasni xnak buat lagi..hahahahahaha



moral of the story: Kalau berhutang mesti ingat bayar.Jangan nak tangguh-tangguh bayar sampai lupa.Xpasal2 jadi macam AA ...haha...sampai sudah x terbayar2...kalau x pun,catat dalam BUKU 555..hm,lagi selamat..

Jangan Approve Rakan di FB sesuka Hati...

                      ::::::::Assalamualaikum dan salam 1Malaysia readers,bersua kembali di dalam::::::
                                 
                                  ***************Aqilah Ahmad  Territory***************


OK,kali ni AA nak buka tajuk pasal FB..nak tahu apa itu FB?? Alah ..!! FaceBook lah... Kali ni,AA nak cerita pasal pengalaman AA.. Baru jer melalui pengalaman tu beberapa minit yang lalu lepas AA post blog ni.

ONCE UPON A TIME....hehehe ala-ala storytellinglah pulak..hikhikhik..
                                                         
                                             OK,SERIOUS PLEASE!!

Ada sorang FB user ni add akaun FB AA... Apalagi, AA pun terimalah DIA dgn hati yang riang sesangat.Maklumlah dapat rakan baru , mesti jumlah rakan pun tambah banyak kan...Tak sampai beberapa minit, lepas jer AA approved orang tu,DIA dah sound AA..AA pun layanlah dia chatting...

Dah dalam syok-syok chatting,tak tau kenapa AA nak soal satu benda.Soalannya,kenapa pilih nama FB yang DIA gunakan sekarang?.Bukan apa,nama FB DIA memang confuse kalau sapa-sapa baca.Dia pun jawab,"NAMA TU NAKAL,KALAU MAU TAHU LAGI,BUKALAH FB PHOTOS KU".Dengan pantasnya AA pon buka link FB profile dia.Dah bukak FB dia,AA trus pergi PHOTOS DIA.Lepas AA bukak PHOTOS DIA,I found something!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



WANT TO KNOW?????????

HAAAAA,
AA  jumpa GAMBAR PORNO mean GAMBAR LUCAH...huh,terkejut giler!!! auw....ada kah patut DIA simpan gambar mcm tu...HMMMM...,Tak pasal2 dapat dosa free sebab dah tertengok benda -benda yang x sepatutnya jadi paparan mata AA yang suci ini...HHHeiiiish geram gak ngan DIA tu.Apalagi dalam kegeraman, AA pon cepat-cepat matikan chat dengan DIA dan terus block DIA..HAHAHAHAHA now,DIA x boleh jumpa AA kat FB lagi.. (RASAKAN KUASA BLOCK AKU!!!! FIRE FIRE FIRE)..hahahaha..puas hati DOH...


Pada readers yang ada FB > WARNING!!!:: Jangan terima rakan tanpa usul periksa.Tak pasal-pasal buat dosa free.Hm,kalau ada rakan FB yang berperangai seperti yang AA ceritakan baik BLOCK golongan DIA DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA..

HARAP FB USER SEMUA BOLEH JADIKAN CERITA AQILAH SEBAGAI MORAL AND AS A LESSON SO, U ALLS NO NEED   TO EXPERIENCE WHAT I HAD BEFORE...GOOD LUCK BUDDYZ!!

Saturday, 10 December 2011

Ada apa dengan Gerhana Bulan??? cer......

Fakta Gerhana Bulan Penuh....

1) Jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat (10.05 malam hingga 10.57 malam).

2) Gerhana bulan penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar be...rbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari).

3) Gerhana bulan boleh berlaku sehingga maksimum 3 kali setahun. Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa beberapa tahun. Tapi gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat dilihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat di seluruh dunia yang mengalami waktu malam.

4) Ketika gerhana bulan, bulan akan bertukar warna dalam satu spektra yang unik :kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi, kemudian kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya).

5) Jika di bumi kita mengalami gerhana bulan, pada ketika yang sama bulan
sedang mengalami gerhana matahari pula.

Friday, 9 December 2011

Solat Sunat Gerhana Matahari

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ  ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
 
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
 
 
Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
 

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

 
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
 
Dalilnya :
 
عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
 
 
Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian
 
i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
 
ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :
 
i.                    Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii.       Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
*        Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.
 
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
 
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
 
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
 
  
ii.      Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
 
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
 
 
i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
 
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
 
Kaifiatnya adalah seperti berikut:
 
Berdasarkan hadis :
 
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُُ فَقَالَ  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

 
Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’  ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
 

                                                                                     
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
 
 
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
 
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
 
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :
 
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.       Membaca surah al-Fatihah.
 
 
 
5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah       
          atau mana-mana surah.
5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
 
*        Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
*        Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
*        Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
 
Khutbah Solat Gerhana :
 
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
 
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
 
 
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
 
i.        Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii.       Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii.      Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,  jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv.      Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )
 
Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
 
Contoh :
i.        Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii.       Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii.      Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.
 
 
Matla’ Badrain.
Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
 

SEA GAMES 2011's ATHELE GOT THEIR REWARD

                                              Assalamuailaikum W.B.T dan salam 1Malaysia
 
::::::Hari ni AA Territory nak ulas pasal Majlis penyampaian  Skim Hadiah Kemenangan SHAKAM @ Astro Arena:::::::::


            hhhhmmmmmmm,mesti ramai lagi yang tak tahu apa benda majlis ni kan??



Ok, ....AAT mula dengan Intro pasal anugerah ni.

Anugerah ini diadakan untuk memberi insentif yang berupa wang tunai kepada altet yang telah merangkul pingat emas pada SEA GAMES 2011 Indonesia yang lalu.

PENEGASAN!!: Insentif yang diberi hanya khas untuk pemenang pingat emas sahaja

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Dato' Shaberry Cheek.Beliau banyak memuji pemain bolasepak.Beliau turut berterima kasih kepada ULTRA MALAYA(AA ULTRAS JUGAK TAU),Air Asia yang katanya akan menukar cat kapal penerbangan kepada Harimau Malaya,TM yang
telah menukar nama kepada Team Malaysia, kerana sentiasa menyokong atlet semasa berada di Indonesia.

Selepas tu, PM Malaysia punya turn untuk berucap..Sapa tak kenal PM??? PM Malaysia bernama Najib Tun Razak lah. Dia puji semua altet.Tapi yang paling banyak Pm puji
of course skuad bolasepak negara Malaysia iaitu HARIMAU MUDA.KAta-kata yang paling best yang masih melekat di gegendang telinga AA ialah: WE CANNOT REWARD OURSELF
FOR JUST BEING REGIONAL CHAMP!!!.Paling best gilerr ialah apabila PM kata nak naikkan insentif dalam TEAM EVENT.Akhir kata PM: TAhniah pasukan Malaysia...AA pun nak ucapkan tahniah..TAHNIAH!!!!!!!!

Selepas kecewa dengan tindakan KOAM yang telah menghantar kuartet 4 x 400m lelaki pulang ke tanah air terlalu awal tanpa sempat menaiki podium untuk menerima medal,kuartet tersebut telah diberi penghargaan oleh PM sendiri untuk mengkalungkan medal kat leher diorang(adui ganasnya ayat AA!).BAngga tau kalau AA yang jadi diorang.Sekurang-kurangnya terubat jugak kecewa di hati lepas apa yang telah dilakukan keatas diri.ececeh....

Yang menjadi tumpuan AA ialah ketika pemain bolasepak negara iaitu HARIMAU MUDA dapat cek palsu tu.Entahlah kenapa AA terlampau fokus dengan HARIMAU MUDAtu..Nazmi Faiz ialah orang pertama yang mendapat cek palsu..Org last yang dapat cek palsu tu ialah Baddrol,KAPTEN HARIMAU MUDA.

AAT nak beri anugerah jugak pada altlet yang menerima paling banyak sorakan time majlis berlangsung.

Tempat pertama iiiiaaaaaallllllaaaaahhhh: Baddrol
Tempat ke-2 iiiiiiiiaaaaaaaalllllllaaaaaaahhhh: Khairul Fahmi Che Mat(apek)
Tempat ke-3 iiiiiiiiaaaaaaaalllllllaaaaaaahhhh: Nazmi Faiz
Tempat ke-3 iiiiiiiiaaaaaaaalllllllaaaaaaahhhh: Fandi Othman
Tempat ke-5 iiiiiiiiaaaaaaaalllllllaaaaaaahhhh: Aliyah

                                       
                                         Tahniah kepada pemenang anugerah AAT kali ini!!!
 
              Hadiah yang keempat-empat pemenang dapat ialah:

      jeng-jeng-jeng!!!!
           PERCUTIAN KE RUMAH MASING-MASING SELAMA
  *****                                                                                                                                 *****
           SESUKA HATI YANG DIINGINI
heeee..gurau jer..tapi itulah undian AAT kepada semua atlet.maaf sekiranya ada salah taip atau eja atau salah nama ..sesungguhnya AA juga adalah seorang manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.MAAF

Thursday, 8 December 2011

Nazmi Mengakui bahawa Nadia Ismael bukan Aweknya.

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia... 

Kali ini Qilah nak cerita pasal Nazmi Faiz.Kali ini reader yang masuk Aqilah Ahmad Territory akan disajikan dengan maklumat yang agak hot jugaklah sekarang.Selepas memenangi sukan sea yang lalu,Nazmi Faiz diminati oleh ramai gadis.Sampaikan peminat page di FACEBOOK NAZMI FAIZ,telah melebihi Safee Sali.Namun,ada gosip yang mengatakan Nadia Ismael ialah Girlfriend Nazmi....sejauh mana kebenaran ni..??

ha,mesti ramai yang suspen kan??? jom kita dengar cerita sebenar dari Nazmi..
tak percaya ?? ini buktinya>>>>>>>>>>>>>>>>>
visual di atas Aqilah petik dan kupas dari ceritamamat.com...Mamat ni blogger yang kira famous jugak lah.....kalau nak tahu apa-apa lagi tentang Nazmi Faiz dan gossip lain ,readers sume boleh klik link kat bawah..

 sumber:http://www.ceritamamat.com/nazmi-faiz-masih-lagi-single-dan-nadia-cuma-kawan-adik-saya-sahaja
 

Wednesday, 7 December 2011

Ikan Jaws?? Apa cerita??

Pada suatu hari,qilah dan family pegi bandar...nak beli barang keperluanlah ni.
sampai satu tempat,tepi jalanlah...nama jalan tu,Jalan Gum-Gum di area bandar Sandakan jugak..
Bapak Qilah pon stopkan kereta kat jalan tu,sebab mak Qilah nak beli ikan..tempat tu dkt depan masjid Gum Gum jugak...Sapa yang selalu pergi bandar sandakan mesti tahu tempat ni
Terjadilah satu kejadian yang mencuit urat hati...heehehehehe

mak: jomlah turun ,kita pegi beli ikan.

aQilah: mak,aku tak ikut ya.

naBilah: aku pun tak ikut

Jiha: aku mau ikut..aku mau ikut.

mak: jomlah cepat.

(turun dari kereta,sedang menghampiri penjual ikan)

Jiha : mak mau beli apa kita ni?

mak: beli ikan bah.

Jiha: oh...ikan apa??

mak: (xda respon)

Jiha:ikan apa mak??

mak: ikan jaws(menjawab dengan geram)

Jiha: oh.ok...

(sesampainya d gerai menjual ikan)

abang jual ikan : ya kak,mau beli apa?

mak: ada ikan apa dek?

abang jual ikan: ikan tulai,ikan kembung,ikan putih,ikan basong pun ada..

mak: kasilah ikan putih 2 kilo.brapa satu kilo?

abang jual ikan: 7 ringgit satu kilo kak..

mak: yalah...kasi ikan putih 2 kilo.

tiba-tiba!!!

Jiha: mak, ikan jaws mama tak beli???

mak: tak da ikan jaws disini di jual nak...

abang jual ikan: dek belum lagi ada abang jual ikan jaws nantilah lain kali ya...(abang tu bercakap dgn nada yg kelucuan)

Jiha: mama ni kan,tipu-tipu aku jak.. ..



moral of the story: kalau anak tanya, jawab betul-betul..jangan main..kang,x silap hari bulan,jadi macam story aqilah ni...

p/s: ni memang real story.....terjadi pada aqilah ahmad.....hahaha..Jiha tu adik aqilah....hee..hope u allz enjoy story ni ek.kesian si Jiha ni,,..love U sis!!

Ong Kim Swee Tidak Mengejar Gelaran

                                     (amacam?? ok tak ??? nilah coach Ong Kim Swee)
Kim Swee ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima surat penganugerahan berkenaan tetapi enggan mengulas mengenai nilai pingat bakal diterimanya.

“Saya bekerja ikhlas demi bola sepak negara, jika diberi penghargaan saya amat berterima kasih,” katanya.
“Pingat dan gelaran tidak penting, keutamaan saya ialah menyempurnakan tanggungjawab diberi kepada saya sebaik mungkin.” 

Aqilah Ahmad: ni kata2 yang Qila petik dari berita harian online..perkataan yang Qila hi-lite kaler merah tu,memang favourite Qila..Kata2 Coach Ong Kim Swee sangat mendalam maksudnya.Beliau sentiasa mendahulukan Negara ,dan mengutamakan tanggungjawab yang telah diberi. Orang begini yang susah nak jumpa zaman sekarang ni.Ramai orang sekarang, lebih mementingkan status berbanding pencapaian ..Harap Ong Kim Swee boleh membawa Harimau Muda ke Olimpik 2012.Walaupun peluang amat tipis.Namun,kehendak Allah,sapa yang tahu?? kan?? kan??.Ayuh,ramai2 kita mendoakan kejayaan yang berterusan buat pasukan bolasepak malaysia ...AUUUUUMMMMMMMM!!!!

Tidak timbul isu rampas pemain..

                                               (muslim yang memakai jersi kuning)

“BAGAIKAN sireh pulang ke gagang.”Demikian jelas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika diminta mengulas mengenai penghijrahan lima pemain skuad Harimau Muda A menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Lima pemain yang dimaksudkan oleh Hamidin itu adalah Mohd. Muslim Ahmad, Syukor Jusoh yang memilih beraksi bersama Terengganu, K. Gurusamy (Selangor), K. Sasikumar (Johor) dan Mohd. Zamir Selamat (Johor FC).

Menurutnya, keputusan melepaskan mereka menyertai pasukan negeri masing-masing dibuat sebulat suara selepas perbincangan bersama pemain dan jurulatih, Ong Kim Swee.
Jelasnya, lima pemain ini tidak dapat lagi bersama skuad Harimau Muda A kerana mereka sudah melepasi usia yang dihadkan sekali gus tidak layak beraksi pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik mahupun Sukan SEA.



“Peribahasa ‘bagaikan sireh pulang ke gagang’ adalah perumpamaan tepat untuk mereka selepas menabur bakti bersama skuad kebangsaan (apabila mencapai had umur 23 tahun), mereka boleh kembali bersama pasukan negeri kelahiran dan tiada isu ‘rampas merampas’ sebenarnya.
“Seperti yang dijelaskan oleh Azzuddin, FAM amat mengalu-alukan serta berharap untuk pihak persatuan negeri atau kelab untuk membangunkan dan mengilap bagi mencungkil bakat ramai pemain muda di peringkat negeri mahupun sekolah.

“Selain pemain yang berasal dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, pemain-pemain muda yang beraksi di Liga M juga mungkin dipilih sekiranya menepati kriteria yang dimahukan jurulatih.
“Jadi, secara tak langsung Kim Swee mempunyai banyak pilihan untuk menyenaraikan pemain untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Ini adalah ‘kerjasama’, bukan ‘rampas merampas’,” ujarnya.
Hamidin memberitahu, pembangunan bola sepak harus dipandang secara global jika mahu terus mewujudkan suasana bagus dan sihat dalam arena bola sepak tempatan.
Tambahnya, jalinan kerjasama antara pihak FAM dan persatuan negeri bakal menyumbangkan kebaikan kepada pasukan negara yang dilabel sebagai jaguh ASEAN harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Dipetik dan diubah suai dari Kosmo!
Kredit to Kosmo .terima kasih



Pendapat Aqilah senang jer,xsalah kalau pemain harimau muda A mcm muslim nak pindah kemana-mana kelab.Sebab,walaupun muslim berpindah,muslim masih boleh berkhidmat untuk Skuad Kebangsaan Malaysia.Tapi,mcm yang Ong Kim Swee ulas pada wartawan Nadi Arena,Muslim perlu lebih menyerlah di dalam aksi bersama kelab untuk beraksi di perlawanan peringkat antarabangsa.Apapun,kelibat Muslim dalam Skuad Kebangsaan sentiasa diharap oleh peminat Muslim,termasuklah Aqilah Ahmad sendiri hehehe.....Harap,Muslim mampu untuk menjadi lebih menyerlah pada musim akan datang dan sentiasa mempersembahkan aksi yang lincah seperti Harimau..heheeh..
Assalamualaikum WBT dan Salam 1malaysia...

Kali ni Aqilah nak bawa readers semua tinjau keadaan Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 di SMK .Bukit Garam II dimana Aqilah bersekolah..Aqilah nak memberitahu anda sapa2 yang dapat anugerah masa tu yerh..

  1. Aqilah dapat anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 3,tempat ke tiga.
  2. Angelin dapat anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 3,tempat ke dua & matapelajaran tertinggi(bi&moral)
  3. Hafizah ni kira budak pandai tau.Fizah dapat anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan tempat pertama dan matapelajaran tertinggi(sains&kemahiran hidup KT).Selain tu,Fizah dapat anugerah Kurikulum Terbaik 2011.
  4. Irfandi dapat anugerah Wira 2011(tunas kokurikulum)
  5. Aisyah dapat anugerah matapelajaran tertinggi bahasa melayu...
  6. Wawa dapat anugerah Wira 2011(tunas kokurikulum)..wawa ialah penari terbaik wanita untuk pertanding tarian antarabangsa tahun ni..Wawa ada dapat Rm500 sebab menang penari terbaik..Tahniah kawanku..Saya bangga jadi kawan mu.Duit tu dah simpan bank belum?? kalau belum, mari Aqilah tolong Wawa masuk kan kat dalam bank atas nama akaun Aqilah..amacam?? heee 
  7. Fatin amirah pulak dapat anugerah matapelajaran tertinggi(agama islam &geografi)
  8. Kak fatin form 5 pulak dapat anugerah perdana.Anugerah perdana bukan calang-calang orang boleh dapat.Hanya orang yang terbaik daripada yang terbaik yang boleh dapat anugerah ni.Orang itu ialah Kak Fatin.
  9. banyak lagi orang yang dapat tapi,Aqilah lupalah...so,xdpt nak crita..heee
Tadi adalah sebahagian daripada kawan-kawan Aqilah Ahmad yang dapat anugerah..Untuk pengetahuan semua,majlis anugerah ini telah dihadiri oleh Pegawai Pelajaran  Daerah  Kinabatangan.Acara memang meriah..

Tahun ni,x sebaik tahun lalu buat Qilah..xpa,tahun depan Qilah akan berusaha lebih gigih lagi!!! hahaha(mcm tamak lah pulak kan??)xpalah..,ni azam org yang memang berazam kuat..
(chewah,perasan)

Tahniah buat kawan2 yang Aqilah yang telah mendapat anugerah pada Anugerah Pelajar Cemerlang Smk.Bukit Garam II...Usaha lagi untuk tahun depan..sama-sama kita mencorak kejayaan di atas kertas kosong dan melakar kejayaan di atas kertas yang di panggil ijazah..jom!!!

KHABAR ANGIN TERKINI:TARIKH KEPUTUSAN PMR 2011 DI UMUMKAN

Assalamualaikum WBT dan salam 1 Malaysia.

Ada berita penting yang Aqilah nak khabarkan kepada kengkawan PMR 2011 yang lain..Sila baca...khas untuk pelajar PMR... just for U.

Tarikh keputusan PMR 2011 dijangka diumumkan keluar pada 22 atau 23 Disember 2011. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut juga akan dipinda dan tertakhluk kepada keadaan. Apapun, tarikh rasmi keputusan PMR 2011 akan diumumkan disini dari masa ke semasa. Sememangnya menunggu keputusan PMR 2011 bagi setiap calon merupakan detik yang sangat mendebarkan dan bakal penentuan sama ada impian mereka untuk memasuki sekolah menengah sains dan MRSM tercapai. Diharapkan semua calon PMR 2011 berjaya mendapat keputusan yang cemerlang setanding dengan daya usaha yang dilakukan selama ni.

Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar tahun ni result PMR gempak punya!! Harap keputusan PMR Aqilah Ahmad dan kengkawan PMR yang lain ok dan gempak...Kepada pelajar PMR 2011 SMK BUKIT GARAM II : good luck!!!
                                       (insyaAllah dengan berdoa,dapat jugak kita mencapai kejayaan)
Sumber: Tarikh Keputusan PMR 2011 Diumumkan Keluar | melvister.com


Muhd Nazmi Faiz Mansor

Assalamualaikum WBT dan salam 1 Malaysia..
                                                 -MUHD NAZMI FAIZ MANSOR-
Mesti ada lagi yang x kenal dengan orang bernama Muhd Nazmi Faiz Mansor.kan?? kan??.Honestly,mustahil kalau still ada malaysian yang tak kenal Nazmi...Ok,Ok,...kita mula dengan pengenalan  diri Nazmi Faiz..
Beliau ialah salah seorang pemain bolasepak yang mewakili negara Malaysia.Orang ramai mula mengenali Nazmi Faiz pada Sukan Sea 2011 di Indonesia yang lalu. Baru berusia 17 tahun.Sepatutnya tahun ni Nazmi Faiz ambil SPM.Nazmi ingin meneruskan misi memburu ibu segala pingat Sukan Sea 2011 yang lalu.Oleh sebab itu,Nazmi dah tangguh ambil SPM.Nazmi rancang nak ambil next year (2012).Kita sambung..

Nazmi digelar -WONDERKID MALAYSIA- sebab dah menunjukkan prestasi yang cemerlang bersama Skuad Harimau Muda B-23 tahun..Sebenarnya ramai yang telah mempertikaikan keputusan Ong Kim Swee untuk meletakkan Nazmi di kesebelasan utama.Alasan yang dikemukakan: Nazmi tidak cukup pengalaman dan mempunyai fizikal yang kecil.Segala pertikaian  orang ramai telah dirobek oleh Nazmi  melaui persembahan yang beliau tunjukkan di Sea Games 2011.

Setelah memenangi emas bagi acara bolasepak di Sea Games 2011 yang lalu,nama Nazmi Faiz yang berjersi 21 semakin dijulang tinggi.Nama Muhd Nazmi Faiz Mansor telah mencipta satu fenomena ketika menentang Bahrain dalam ujian kelayakan olimpik kumpulan C -peringkat asia apabila telah meledak gol pertama permainan.Gol yang dilakukankannya amat memukau hati dan mata peminat yang menonton perlawanan tersebut.Dikala malaysia masing-masing buntuh gol,Nazmi Faiz yang memakai jersi 12 ketika itu telah meledak satu gol dan telah meletakkan Malaysia dihadapan jauh meninggalkan Bahrain.Namun,kedudukan Malaysia tergugat pada 10 minit akhir perlawanan.Bahrain telah meninggalkan Malaysia 3-2.Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat ditiup.Kita sambung pasal Nazmi.(maaflah salah masuk ceritalah pulak ehehe)

                               (Disebelah kanan ialah Sahrul dan di sebelah kiri itulah Nazmi Faiz)

Nazmi Faiz makin digilai ramai oleh orang ramai.Nazmi ialah pemain Harimau Muda B.Bersekolah di SSBJ..Asal dari Kuala Lumpur..Orangnya kira softlah..Coz,I'd heard his voice before,at TV3..Seorang yang pendiam(kenyataan ni dinyatakan sendiri oleh bapa Nazmi iaitu,Encik Mansor)

Ini sahaja yang Aqilah Ahmad boleh cerita..hee.ada story nanti Aqilah Ahmad post lagi...Terima Kasih kerana sudi singgah d Aqilah Ahmad Territory..HARIMAU MALAYA BOLEH!! AUMMMMMMMMM!!

Terima Kasih,Arigato,Kamsahamida,Toche..!!
P/S:Kali ni Aqilah Aqhmad guna  kaler kuning & hitam sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya..

about me..Aqilah Ahmad

 Assalamualaikum WBT dan salam 1 Malaysia...eheheh
This is my 1st post..so don't be mad if  U catched something  wrong..
In this post I'll write more about myself. LETS START..

My fullname is Nurul Aqilah Ahmad ..Reader semua can call me, Aqilah Ahmad,Ilah..
Im 15 this year..Im PMR 2011's student..still study..SMK Bukit Garam II is my school...yeah!!( SMKBGII is a great school)...Saya dilahirkan pada 5 September 1996(hari Khamis)..erm lupalah pulak nak nyatakan gender kan...?? ok..ok.... Im female...heee......

U can add me atwww.facebook.com/aqilahahmad9 ..abis baca blog ni,terus add jer...jgn malu dan segan asal niat tu betul,aqilah ahmad pasti approve...
see U