assalamualaikum


Click here for Myspace Layouts

Monday, 19 December 2011

Hari Ku Kian Berlalu

Assalamualikum W.B.T dan Salam 1Malaysia buat para reader yang chomel loteh,kiut biut,handsome sokmo dan cantik ayu..

   For this post I want to talk about MY DAY HAS PASSED....Maybe many of U don't understand why I choose this topic for me to write..Right? Why not use other title or story whatever and so lah..??My answer is because 2011 will say gooodbye to us in a few days more..If we count from this day(19th Disember 2011) ,we just have another 13 days to go before 2012.So,is 13 days enough for you to change and wake from your dream that  2011 will leave us.Or maybe we can say that we will leave 2011...NEVER MIND!!! LETS START MY STORY.

I want to use BM languange lah...Lecehlah mau  BI languange ni..Saja jak tu speaking,nak improvekan kemahiran bahasa...

Masa awal tahun 2011 dulu ,AA ada azam iaitu memperbaiki rekod kecemerlangan di sekolah dan memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR 2011.Terus terang AA katakan,rekod kecemerlangan di sekolah AA dah baiki.Azam AA yang belum tercapai ialah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR2011.Azam AA yang yang ke2 tu akan terjawab pada hari KHAMIS ini bersamaan 22 Disember 2011.huh..(doakan kejayaan AA yerh)

Ok!! Kita cerita pasal yang AA dah perbaiki rekod kecemerlangan di sekolah.Rekod yang AA maksudkan ialah rekod terbaik dalam kokurikulum dan kurikulum dulu.AA start dengan kategori kokurikulum.Dalam AA merealisasikan azam dalam bidang ko-kum,AA telah mengalami suatu kemalangan yang boleh dianggap kecil.Tapi,bagi AA,kemalangan kecil tu sedikit sebanyak telah melumpuhkan perjalanan AA untuk berjaya dalam bidang ko-kum..Hm,kemalangan yang AA maksudkan bukan kemalangan besar pun,AA cuma mengalami keceraan teruk dibahagian buku lali kaki sebelah kanan.Yang sampai sekarang x baik-baik lagi.Kecederaan yang AA dapat terjadi semasa AA menjalani latihan dengan Pemain Bola Jaring Sekolah yang lain.Hari AA dapat kecederaan tu, adalah hari last kitaorang berlatih untuk KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN.Coach kata,"AA kau rehat jak ya.Letak Ais batu i kaki mu.Letak selalu."..AA pun kata OK.

Hari terakhir sebelum kejohanan: coach berkata:" AA ,kaki mu masih bengkak,jadi kau x payah main untuk pertandingan"..Reader tahu bagaimana perasaan AA waktu tu?? REMUK,PECAH BERKECAI ...Allah jak yang tahu bagaimana perasaan AA.Lepas habis perjumpaa semua pemain AA terus nangis.Masuk kelas x boleh fokus untuk belajar.Air mata tak putus2 mengalir.Balik rumah masih gak nangis.Senang cerita ,lepas jak perjumpaan tu,AA terus nangis tak henti.Mak AA marah,Mak kata "xpayahlah paksa diri kalau kau memang xboleh main.Nanti tambah teruk jak kaki mu tu".AA x kisah ngan kat mak AA ..AA continue nangis..

AA bukan apa ,cuma AA kecewa sebab tak dapat nak main.Bayangkanlah,AA sanggup lupakan pelajaran untuk seketika untuk bersedia menghadapi kejohanan tapi x boleh main saat akhir.
Huh,samapi satu tahap AA berhenti nangis.Dengan mata yang bengkak AA muhasabah diri AA.AA kata,kalau x main xpa..Tapi itu hanya mulut AA yang cakap bukan hati.Kiranya AA tak jujurlah.

Keesokan harinya,hari kejohanan berlamgsung.Pagi2 lagi semua player kumpul depan bilik kaunseling.Area depan bilik kaunseling kat sekolah AA memang selalu jadi tempat meeting player dengan coach.Meeting bermula.Coach terus tanya AA,"jadi kaki mu Qilah?? Ok sudah cuba tengok(coach pun tengok kaki AA yang cedera).Ndak payahlah kau main.Teruk betul kaki mu ni.

Otak ,hati,dan perasaan AA mula lagi membengkak.Kolam Air mata pecah lagi.Sampai didewan dimana kejohanan bakal berlangsung,AA cuma diam.Tengok player lain excited mau main.AA betul2 xda mood pagi tu.Boleh disamakan macam orang putus cinta.Tapi,AA cuma putus asa.Tiba2 datang satu kakak senior dekat AA.Kakak ni,memang terer main netball.Kira ,AA memang salut lah.Kakak ni bekas Captain 2009 dan 2011.Kakak ni memang terbaiklah bagi AA.X lokek dek senyuman.Kita masuk cerita AA yang xseberapa nak menyentuh hati tu yerh.

Lepas kakak tu datang dekat AA.Dia ada cakap,"Aqilah,janganlah kau risau.Main jugak kau tu.Percayalah.".AA tambah sedih.Sebab kalau tengok cara coach AA pagi tu,memang kira xda peluanglah untuk AA main masa  kejohanan tu.AA senyum2 kambing jak dengan kakak tu.Muka pun macam kambing sudah..hahaha!!

Akhirnya duka dan lara AA terubat setelah nama AA disenaraikan sebagai pemain utama.Ouh,perasaan AA terus bertukar jadi happy.Masa kejohanan berlangsung AA main dengan kaki yang bengkak.Tapi,xlah main dengan kaki yang bengkak tanpa bantuan medic.AA main dengan bantuan medic yang dipanggil 'bandage' alah balut kaki tulah..

Kemenangan memihak kepada sekolah AA.Kemenangan pertama kami ketika menentang SMK.BUKIT GARAM 18-0.Seterusnya menang keatas SMK.SUKAU dan menang keatas SMK.PARIS.Hm,untuk pengetahuan,bahagian defend kat tempat AA jaga terbaik tau.Kitaorang tak lepas satu gol pun dekat lawan.Semua sekolah yang lawan ngan team SMK.BUKIT GARAM II (sekolah AA) tak dapat nak jaringkan satu gol pun..Rekod tau!!!!!!..

Alhamdulillah..AA pun dianugerahkan sebagai pemain terbaik.Alhamdulillah..Namun,kecemerlangan AA sangkut di Peringkat  Bahagian Sandakan.Sangkut sebab kecederaan.hm,nasib,terima jaklah..

untuk cerita azam AA yang ke2 kita sambung di post seterusnya setelah AA dapat result PMR.Begitu jugak dengan azam AA untuk memperbaiki rekod dalam bidang kurikulum..Ok?? tunggu......

AQILAH AHMAD TERRITORY

No comments:

Post a Comment