(muslim yang memakai jersi kuning)
“BAGAIKAN sireh pulang ke gagang.”Demikian jelas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika diminta mengulas mengenai penghijrahan lima pemain skuad Harimau Muda A menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Lima pemain yang dimaksudkan oleh Hamidin itu adalah Mohd. Muslim Ahmad, Syukor Jusoh yang memilih beraksi bersama Terengganu, K. Gurusamy (Selangor), K. Sasikumar (Johor) dan Mohd. Zamir Selamat (Johor FC).
Menurutnya, keputusan melepaskan mereka menyertai pasukan negeri masing-masing dibuat sebulat suara selepas perbincangan bersama pemain dan jurulatih, Ong Kim Swee.
Jelasnya, lima pemain ini tidak dapat lagi bersama skuad Harimau Muda A kerana mereka sudah melepasi usia yang dihadkan sekali gus tidak layak beraksi pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik mahupun Sukan SEA.
“Peribahasa ‘bagaikan sireh pulang ke gagang’ adalah perumpamaan tepat untuk mereka selepas menabur bakti bersama skuad kebangsaan (apabila mencapai had umur 23 tahun), mereka boleh kembali bersama pasukan negeri kelahiran dan tiada isu ‘rampas merampas’ sebenarnya.
“Seperti yang dijelaskan oleh Azzuddin, FAM amat mengalu-alukan serta berharap untuk pihak persatuan negeri atau kelab untuk membangunkan dan mengilap bagi mencungkil bakat ramai pemain muda di peringkat negeri mahupun sekolah.
“Selain pemain yang berasal dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, pemain-pemain muda yang beraksi di Liga M juga mungkin dipilih sekiranya menepati kriteria yang dimahukan jurulatih.
“Jadi, secara tak langsung Kim Swee mempunyai banyak pilihan untuk menyenaraikan pemain untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Ini adalah ‘kerjasama’, bukan ‘rampas merampas’,” ujarnya.
Hamidin memberitahu, pembangunan bola sepak harus dipandang secara global jika mahu terus mewujudkan suasana bagus dan sihat dalam arena bola sepak tempatan.
Tambahnya, jalinan kerjasama antara pihak FAM dan persatuan negeri bakal menyumbangkan kebaikan kepada pasukan negara yang dilabel sebagai jaguh ASEAN harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Dipetik dan diubah suai dari Kosmo!
Kredit to Kosmo .terima kasih
Pendapat Aqilah senang jer,xsalah kalau pemain harimau muda A mcm muslim nak pindah kemana-mana kelab.Sebab,walaupun muslim berpindah,muslim masih boleh berkhidmat untuk Skuad Kebangsaan Malaysia.Tapi,mcm yang Ong Kim Swee ulas pada wartawan Nadi Arena,Muslim perlu lebih menyerlah di dalam aksi bersama kelab untuk beraksi di perlawanan peringkat antarabangsa.Apapun,kelibat Muslim dalam Skuad Kebangsaan sentiasa diharap oleh peminat Muslim,termasuklah Aqilah Ahmad sendiri hehehe.....Harap,Muslim mampu untuk menjadi lebih menyerlah pada musim akan datang dan sentiasa mempersembahkan aksi yang lincah seperti Harimau..heheeh..
No comments:
Post a Comment